Friday, February 6, 2009

Pengalaman Dengan Hidroponik Part 1

Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang menarik bagi aku.

Apa itu kaedah penanaman hidroponik?

Pakcik Wikipedia kata :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Aku kata :

Hidroponik nih kaedah bercucuk tanam bagi orang yang malas macam aku. Takde disiplin nak siram air tiap-tiap hari...

Walaupun aku post blog hari ini untuk cover pengalaman aku eksperimen hidroponik yang akan datang. Aku pernah juga bangunkan sistem hidroponik sebelum Hana dilahirkan. Walau bagaimanapun eksperimen terdahalu aku tidak pernah dicatitkan dengan teliti, oleh itu ini adalah saki baki catitan tersebut dan aku ingin rakam dalam blog ini.


Eksperimen 1 - September 2007

Aku baru sahaja mendirikan rumah tangga masa ni. Mula nak berjinak dengan dunia pertanian. Sebenarnya, ini lah kali pertama aku tanam apa-apa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan hasil. Projek pertama ni aku mula dengan tanam cili. Coco peat memang asas digunakan untuk semaian. Aku buat indoor. Cahaya matahari ganti dengan lampu.












Apa bila benih dah bercambah, aku pindahkan ke luar rumah dalam rig hidroponik aku. Ni la dia permulaan aku dengan cili hidroponik.

Kerja pindah nih seingat aku pada awal aku memang ingat leceh. aku dah la tak pernah ada pengalaman pindah-pindah semaian ni. Tapi tidak le susah benor. rentap aja. lepas tu bubuh dalam polibeg. Ntah la aku pun tak pasti kaedah aku buat nih betul atau tidak pada masa tu. Tu la namanya eksperimen.

Setup hidroponik aku di luar memang berbeza dengan apa yang ada di kedai-kedai tu. Aku cuba buat kitaran air menggunakan bahan-bahan terpakai di rumah aku. Untuk melengkapkan sistem ini aku ada juga keperluan lain yang aku beli sendiri macam poli tubing. So inilah rupanya setup sistem hidroponik aku.

Aku suka-suka panggil sistem ini

HIDROPONIK PROTOTYPE 1














Daripada gambar ini aku rasa, boleh agak dah macam mana sistem hidroponik aku ni berfungsi kan? Bawah sekali kotak toyogo untuk simpan air + baja. Dalam kotak toyogo tu (tangki air) aku bubuh pam air akuarium terpakai untuk pam air naik ke pokok-pokok cili aku tu melalui tiub getah yang aku potong dari rumah di kampung. lepas tu aku tebuk tiub getah dan sambung pada tiub-tiub yang lebih kecil untuk alirkan air ke pokok-pokok. Polibeg diletakkan atas rak jaring dawai. Air lebihan akan mengalir keluar dan akan dialirkan semula dalam tangki melalui plastik tu. So dengan itu, kitaran air sudah lengkap. Aku hanya perlu tambah air bila paras air rendah. Pam air disambung pada timer, oleh itu pengairan adalah automatik.

Ini adalah gambaran lebih dekat sistem hidroponik aku daripada sisi. Nampak tak aku punya pokok cili masih kecik lagi masa nih.

Gambar ni juga tunjuk jelas bagaimana air disalurkan ke dalam polibeg.

Kepada brader-brader dan otai-otai fertigasi. Jangan la korang gelak kat eksperimen aku nih. Memang aku punya sistem tade dripper yang canggih. Aku pakai dripper modified daripada penyapu lidi mak aku dan disumbat dalam tiub poli. Asalkan air dapat dialirkan dalam polibeg sudah. Make up tu blakang kira. Lain hari dapat duit aku make upkan la.

FAST FORWARD

Ok, nasib baik aku masih ade buat followup pokok cili aku bulan Oktober 2007. Lebih kurang sebulan masa berlalu. Timer aku buka pam air, tutup pam air, tangki di isi air ulang-ulang kali. Maka di sini dapat dilihat perkembangan pokok cili selepas sebulan.

Close up pada pokok cili


Banyak juga masalah yang aku dapat kenalpasti selepas sebulan.

Aku punya dripper modified terpaksa dibuang semua sekali, kerana didapati ada batu-batu kecil yang menyebabkan saluran tersumbat. Aku punya pam air pun dibungkus dengan netting bagi elak pasir-pasir kecil masuk dan sekat laluan air.

Selain dari itu, aku lihat daun-daun pokok cili nih pun mula besar dan tidak lama lagi pastinya aku akan ada masalah ruang. Aku dengar pokok cili ini mestilah dijarakkan pada jarak 3-4 kaki diantara pokok untuk memberi ruang pembesaran yang baik. Betul atau tidak aku tak pasti. Dalam keadaan tersepit, aku teruskan juga tanpa menjarakkan pokok-pokok cili berkenaan.

FAST FORWARD

Ok kita lajukan masa eksperimen kita. Pada bulan Disember, lebih kurang 3 setengah bulan, inilah hasilnya. Masih ingatkan, aku memang tak jarakkan pokok-pokok cili ini. Maka inilah hasilnya. Jangan komplen la.. tade bajet.

Memang betul, keadaan pokok cili aku memang serabut, kusut, hancus. Pada aku tak mengapa la, asal ada buah kira menjadik la tu. Yup, kalau perhati betul-betul, pokok cili aku dah mula berbuah. Bagi orang yang tidak biasa bercucuk tanam, lagi la first time dalam dunia hidroponik ini. Ini adalah satu kebanggaan. Kira berbaloi jugak la penat lelah. Eleh tak penat sangat pun. Set timer dan biar je. Hehehe.

Nih gambar dari sisi, cuba bandingkan sebelum dan selepas.


Bagi aku, HIDROPONIK PROTOTYPE 1 adalah berjaya. Dengan start-up kos yang rendah, pakai barang-barang terbuang. Sistem ini mudah dibangunkan dan mempunyai potensi untuk dimajukan lagi. Binaannya sangat asas.

Gambar di bawah adalah gambar pungutan hasil. Sebenarnya aku rasa belum boleh tuai lagi. Tapi biasala tangan bonda yang tidak sabar untuk merasa hasil tanaman, maka diturutkan kehendak. "Petik je la mak!"



No comments:

Post a Comment