Sunday, February 8, 2009

Pengalaman Dengan Hidroponik Part 3

Yup, hari ini aku ingin sambung membuat catitan, eksperimen hidroponik aku yang ke-tiga. Yup, setakat ini 3 sahaja eksperimen yang pernah dijalankan. Kali ini, konsep aku tak nak complicated, aku nak seringkas mungkin punya sistem. Tak nak banyak kerja, tak nak banyak bahan, pakai pam yang low pressure aje.

Sistem dia lebih kurang macam video youtube nih



So sekarang korang dah paham konsep, tak payah nak terang pepanjang kat dalam nih.

Sistem aku pon pakai konsep yang sama, cuma variable dripper aku berbeza sket. Aku pakai bekas penutup makanan yang ditebuk aja.

Gambar di bawah menerangkan dengan sendirinya sistem hidroponik yang aku bangunkan ini. Inilah gambar construction hingga siap sistem hidroponik aku yang paling latest.



Aku pakai paip 4" . Lubang dibuat menggunakan soldering iron yang dah tak pakai dan tersimpan lama dalam stor. Aku masih belum beli drill lagi time nih. So pakai soldering iron la. Aku tak rekemen langsung buat lubang pakai soldering iron kerana asap / gas beracun yang dihasilkan.


Close up lubang yang dihasilkan menggunakan soldering iron. Tak kemas langsung, asalkan ada lubang..


Sistem yang dah siap. Aku dah mula eksperimen dengan medium baru untuk sistem hidroponik kali ini.



Memang kebetulan penutup makanan nih sama saiz ngan paip. Lagi la mudah, memang kat rumah aku banyak penutup makanan nih. Al maklumlah aku memang minat makan taufufa nih.


FAST FORWARD

Aku buat dua tiga batang paip, memandangkan pam yang aku beli mampu mengalirkan banyak air, tapi macam biasa aku rapatkan aja batang paip itu kesemuanya, inilah hasilnya.


Sekian.

Saturday, February 7, 2009

Pengalaman Dengan Hidroponik Part 2

Semalam aku dah post panjang lebar episod eksperimen hidroponik aku. Hari akan aku sambung lagi menceritakan eksperimen-eksperimen aku yang terdahulu. Eksperimen yang kedua ini memang eksperimen paling mahal yang pernah aku cuba dan gagal pada akhirnya.

Oleh itu, aku ingin kongsikan pengalaman aku dalam eksperimen kedua ini.

Aku panggil sistem hidroponik ini

HIDROPONIK PIPE 2

Sistem hidroponik ini menggunakan konsep yang sama macam sistem HIDROPONIK PROTOTYPE 1. Cuma pada eksperimen kali ke-2 ini, fokus aku pada rekabentuk, spacing dan kekemasan. Masalah utama sistem HIDROPONIK PROTOTYPE 1 adalah ruang antara pokok. dan kali aku ingin cuba hapuskan masalah itu, tanpa disedari pelbagai masalah yang akan datang. Inilah harganya membuat percubaan tanpa merujuk pada brader-brader otai hirdoponik, hehehe.. tapi tidak mengapa. Aku akui telah membuat kesilapan, dan alhamdulillah, aku dapat banyak input baru dan pengalaman daripada eksperimen kali ini.

Gambar di bawah ini menunjukkan setup hidroponik aku.

Rekabentuk kali nih lebih complicated, banyak peluh aku keluar semasa nak membuat sambungan paip-paip nih. Tetapi aku suka reka bentuk ini, jig hidroponik paling cantik pernah aku buat.


Ye..aku tahu..gile banyak corong aku borong. Pakcik yang jual corong cone nih juga terkejut bila aku datang kedai dia. "Ko nak buat apa dengan corong2 nih". hehe. Bukan orang kat kedai je. Bonda tercinta pun pelik jugak. "Dah, dia dah mula nak buat kerja gila la tu". Aku macam biasa dengan kedegilan aku, meneruskan perjuangan hidroponik ini.



Nih gambar kenangan sistem ini daripada atas, seingat aku sistem ini kekal hingga pertengahan 2008, dan selepas ini dilupuskan.

So, analisis aku terhadap sistem HIDROPONIK PIPE 2

PRO

- Kemas dari reka bentuk
- Nampak complicated

CONS
- Sangat susah nak bina
- Tidak stable
- Pengaliran air sukar dipantau
- Air melimpah keluar dari tapak corong
- Sambungan paip mudah tanggal
- Kos tinggi
- Feeder sistem mengalami masalah tekanan tidak seragam

Pendek kata, jangan la buat sistem ini, melainkan masalah-masalah yang tersebut di atas dapat di atasi. Walaupun banyak masalah, sistem ini boleh digunakan. Pokok-pokok cili aku hidup semuanya dan menghasilkan buat. Selepas banyak...aku ulangi banyak tweaking, sistem ini masih reliable untuk digunakan. Tapi kerana penat nak jaga, sistem ini telah lari dari konsep hidroponik aku iaitu HIDROPONIK UNTUK AUTOMASI TUMBESARAN POKOK-POKOK. Maka pada akhir tahun 2008, sistem ini dilupuskan.

Terima kasih HIDROPONIK PIPE 2 dan selamat tinggal.

Friday, February 6, 2009

Pengalaman Dengan Hidroponik Part 1

Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang menarik bagi aku.

Apa itu kaedah penanaman hidroponik?

Pakcik Wikipedia kata :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Aku kata :

Hidroponik nih kaedah bercucuk tanam bagi orang yang malas macam aku. Takde disiplin nak siram air tiap-tiap hari...

Walaupun aku post blog hari ini untuk cover pengalaman aku eksperimen hidroponik yang akan datang. Aku pernah juga bangunkan sistem hidroponik sebelum Hana dilahirkan. Walau bagaimanapun eksperimen terdahalu aku tidak pernah dicatitkan dengan teliti, oleh itu ini adalah saki baki catitan tersebut dan aku ingin rakam dalam blog ini.


Eksperimen 1 - September 2007

Aku baru sahaja mendirikan rumah tangga masa ni. Mula nak berjinak dengan dunia pertanian. Sebenarnya, ini lah kali pertama aku tanam apa-apa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan hasil. Projek pertama ni aku mula dengan tanam cili. Coco peat memang asas digunakan untuk semaian. Aku buat indoor. Cahaya matahari ganti dengan lampu.












Apa bila benih dah bercambah, aku pindahkan ke luar rumah dalam rig hidroponik aku. Ni la dia permulaan aku dengan cili hidroponik.

Kerja pindah nih seingat aku pada awal aku memang ingat leceh. aku dah la tak pernah ada pengalaman pindah-pindah semaian ni. Tapi tidak le susah benor. rentap aja. lepas tu bubuh dalam polibeg. Ntah la aku pun tak pasti kaedah aku buat nih betul atau tidak pada masa tu. Tu la namanya eksperimen.

Setup hidroponik aku di luar memang berbeza dengan apa yang ada di kedai-kedai tu. Aku cuba buat kitaran air menggunakan bahan-bahan terpakai di rumah aku. Untuk melengkapkan sistem ini aku ada juga keperluan lain yang aku beli sendiri macam poli tubing. So inilah rupanya setup sistem hidroponik aku.

Aku suka-suka panggil sistem ini

HIDROPONIK PROTOTYPE 1














Daripada gambar ini aku rasa, boleh agak dah macam mana sistem hidroponik aku ni berfungsi kan? Bawah sekali kotak toyogo untuk simpan air + baja. Dalam kotak toyogo tu (tangki air) aku bubuh pam air akuarium terpakai untuk pam air naik ke pokok-pokok cili aku tu melalui tiub getah yang aku potong dari rumah di kampung. lepas tu aku tebuk tiub getah dan sambung pada tiub-tiub yang lebih kecil untuk alirkan air ke pokok-pokok. Polibeg diletakkan atas rak jaring dawai. Air lebihan akan mengalir keluar dan akan dialirkan semula dalam tangki melalui plastik tu. So dengan itu, kitaran air sudah lengkap. Aku hanya perlu tambah air bila paras air rendah. Pam air disambung pada timer, oleh itu pengairan adalah automatik.

Ini adalah gambaran lebih dekat sistem hidroponik aku daripada sisi. Nampak tak aku punya pokok cili masih kecik lagi masa nih.

Gambar ni juga tunjuk jelas bagaimana air disalurkan ke dalam polibeg.

Kepada brader-brader dan otai-otai fertigasi. Jangan la korang gelak kat eksperimen aku nih. Memang aku punya sistem tade dripper yang canggih. Aku pakai dripper modified daripada penyapu lidi mak aku dan disumbat dalam tiub poli. Asalkan air dapat dialirkan dalam polibeg sudah. Make up tu blakang kira. Lain hari dapat duit aku make upkan la.

FAST FORWARD

Ok, nasib baik aku masih ade buat followup pokok cili aku bulan Oktober 2007. Lebih kurang sebulan masa berlalu. Timer aku buka pam air, tutup pam air, tangki di isi air ulang-ulang kali. Maka di sini dapat dilihat perkembangan pokok cili selepas sebulan.

Close up pada pokok cili


Banyak juga masalah yang aku dapat kenalpasti selepas sebulan.

Aku punya dripper modified terpaksa dibuang semua sekali, kerana didapati ada batu-batu kecil yang menyebabkan saluran tersumbat. Aku punya pam air pun dibungkus dengan netting bagi elak pasir-pasir kecil masuk dan sekat laluan air.

Selain dari itu, aku lihat daun-daun pokok cili nih pun mula besar dan tidak lama lagi pastinya aku akan ada masalah ruang. Aku dengar pokok cili ini mestilah dijarakkan pada jarak 3-4 kaki diantara pokok untuk memberi ruang pembesaran yang baik. Betul atau tidak aku tak pasti. Dalam keadaan tersepit, aku teruskan juga tanpa menjarakkan pokok-pokok cili berkenaan.

FAST FORWARD

Ok kita lajukan masa eksperimen kita. Pada bulan Disember, lebih kurang 3 setengah bulan, inilah hasilnya. Masih ingatkan, aku memang tak jarakkan pokok-pokok cili ini. Maka inilah hasilnya. Jangan komplen la.. tade bajet.

Memang betul, keadaan pokok cili aku memang serabut, kusut, hancus. Pada aku tak mengapa la, asal ada buah kira menjadik la tu. Yup, kalau perhati betul-betul, pokok cili aku dah mula berbuah. Bagi orang yang tidak biasa bercucuk tanam, lagi la first time dalam dunia hidroponik ini. Ini adalah satu kebanggaan. Kira berbaloi jugak la penat lelah. Eleh tak penat sangat pun. Set timer dan biar je. Hehehe.

Nih gambar dari sisi, cuba bandingkan sebelum dan selepas.


Bagi aku, HIDROPONIK PROTOTYPE 1 adalah berjaya. Dengan start-up kos yang rendah, pakai barang-barang terbuang. Sistem ini mudah dibangunkan dan mempunyai potensi untuk dimajukan lagi. Binaannya sangat asas.

Gambar di bawah adalah gambar pungutan hasil. Sebenarnya aku rasa belum boleh tuai lagi. Tapi biasala tangan bonda yang tidak sabar untuk merasa hasil tanaman, maka diturutkan kehendak. "Petik je la mak!"



Hidroponik untuk Hana

Ini dia Hana Marissa. Anak pertama aku. Aku dedicate projek / hobi hidroponik ini untuk baby Hana.






Hana dengan muka yang penuh gembira, dengan senyum lebar memberikan lagi semangat juang untuk meneruskan hobi ini dan daya usaha untuk pertingkatkan lagi eksperimen hidroponik ini.








Kenapa blog? Untuk catitan semoga Hana satu hari nanti boleh ikuti perkembangan hobi ini.

HARAPAN

Kepada pengunjung blog ini. Saya akan cuba catitkan segala usaha eksperimen saya untuk dikongsikan bersama. Walau bagaimanapun ingin diingatkan saya bukan pakar hidroponik. Ini cuma cubaan saya, cubaan meneroka dunia hidroponik.

Sekian.